SAHABAT

suatu ketika dahulu, mamy pernah punya kawan yang bergelar SAHABAT…sedih bila difikirkan.

Mamy tak ramai kawan…sekadar kawan bertepuk tampar…kawan bersukaria tu, ye ramai…tapi kawan yang bernama SAHABAT hanya seorang…yang tahu luar dalam mamy…mamy sejenis menghargai kawan…lagi baik dia dengan mamy…bertambah baik mamy berikan layanan untuk dia..

Katakan bila free…jom…katakan bila nak luah rasa…jom…no limited time tau…anytime untuk dia…anytime dia perlukan buah fikiran mamy,,ondaspot mamy kongsikan…even time mamy memasak…no excuse time untuk dia…

Tapi itula, bila kita terlalu menghargai…kita diketepikan…selalu je jadi…tp mamy simpan…mamy tak suka sakitkan hati dia..mamy cuba berpositif dengan dia…

Tak terfikir untuk putuskan tali persahabatan kami, langsung tak terfikir…bayangkan…sejak 1996 kami bersahabat…pelbagai sukaduka kami berkongsi…pelbagai benda juga mamy terkena…tapi mamy tetap tutup mata…akhirnya kemuncaknya tiba…

Bulan 10/2019 - disaat mamy memerlukan pertolongan dia…dia memberikan seribu satu alasan yang pada mamy tak logik di akal…mamy tersentap…mamy kecewa…mamy terkejut…dan sampai sekarang mamy still terkejut..sebab apa tu, biarlah itu di antara mamy dengan dia. Allah je yang tahu betapa kecewanya mamy…tak terungkap dengan kata-kata mamy.

Sejak dari peristiwa tersebut…mamy dah tak pandang belakang…mamy teruskan juga perjalanan mamy…dalam kecewa..mamy terkadang tetap teringat…tapi mamy taknak fikir terlalu lama..nanti sakit hati makan diri.

Sehingga sekarang, hati mamy tertutup untuk menerima dia sebagai sahabat..sungguh tidak akan sesekali…hati mamy terluka…luka yang amat dalam.

Ada juga dia  hubungi mamy..tapi mamy tawar hati untuk berborak sangat…bukan menyombong…tp entahlah…sakit tu bukan sedikit…mamy dah maafkan dia…cuma untuk melupakan…kemungkinan tidak….tidak sesekali rasanya.

Tapi, kuasa Allah kan, siapa kita untuk menolak…akan datang..mamy belum tahu…cuma sekarang sesungguhnya nama dia dah terpadam dari hati mamy..


Ulasan

Catatan Popular