KEK LOBAK

Kek lobak ni mamy jarang-jarang juga buat. Ada permintaan, barula buat

senang je nak buat, tp bahannya yang kadang ada ...kadang tak ada






oklah, berbalik cerita tadi...kebetulan ada tempahan kek lobak ahad ni...mamy pun cubalah sesaja nak ambik mood orang kata..yelah, bukan apa..risau tak jadi + lupa rasanya macamana kan..

mamy buat saiz kecik, saiz loyang 6" tapi mamy bahagi dua adunan sesiap..malas nak potong nanti.

kesedapan kek ni sebenarnya terletak kepada kemanisan lobak itu sendiri dan juga kelembapan kek itu...andai kering ..musnahlah keseluruhan rasanya...

lagi satu, kesedapannya terletak pada bancuhan krim keju nya...jangan terlalu manis..jangan pula terlalu tawar...biar masam manis sedikit sahaja...dan kekentalannya jangan terlalu cair ...

hurm ...terliur pulak bila bercerita

kek ni, kisah dmsehari yang lepas...tapi kesedapannya terasa-rasa sampai ke harini

Bahan-bahannya

Bahan A
2bj telur A
1/2 cawan gula castor
1/2 sdm ovallate
secubit garam
esen vanila

**putar sehingga kembang

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sdk serbuk kulit kayu manis
1/2 sdk serbuk penaik
1/2 sdk serbuk soda

**ayak

Bahan C
1/2 cawan minyak masak - last sekali

Bahan D
1 batang carrot - disagat halus
100g walnut - disangai / separuh di tumbuk separuh buat hiasan (jika suka)

Cara-caranya

pukul bahanA hingga kembang dan masukkan bahan B - putar mesra sahaja

kemudian masukkan bahan D dan gaul sebati

akhir sekali, masukkan bahan C

mamy tak guna spatula..mamy mix manjaaah je..malas sbb adunan agak berat 😋

bakar pada suhu 160'c - 35min (loyang 6")

KRIM KEJU

100g krim keju (apa jenama pun okay)
2sdm susu pekat
1/2 cawan whipping krim

putar sehingga sebati ❤️

Selamat Mencuba !




Ulasan

Catatan Popular