BOMBOLONI / DONUT

sejak BM mamy rosak, dah jarang sebenarnya buat donut, roti dan seangkatannya ni..maklumlah..perlu kederat untuk menguli doh..tidaklah rajin mamy ni.

bila teringin tu, gagahkan juga menguli tapi ambil cara yang teerpaling mudah dan muudaaah…heheh

mamy buat donut ni sejak dari kuala kangsar…sejak menjadi surirumah sepenuh masa ni…yelah, banyak masa sangat kan ?

resepinya mudah..jika ada BM, cuma letakkan bahan cecair dahulu sebelum bahan kering yang lain

DONUT/BOMBOLONI

130g (air sejuk + 1bj telur)
1/2paket yis @ 6g yis kering
20g susu pekat (lebih kurang 1sdm)
2cawan tepung gandum
1sdm gula pasir
30g mentega (last step bila adunan dah sebati)

Set BM kepada mood dough (15minit)

setelah selesai, perap adunan sehingga sekali atau dua kali ganda (30minit)
faktor cuaca main peranan juga..jika suhu panas, cepatlah doh mengembang..jika tidak, agak lambat sedikit doh untuk mengembang


Tips
*jika menggunakan tangan, air step akhir…masukkan sedikit demi sedikit
*jika menggunakan mixer, satukan semua sekali..dan jaga air & tepung


Setelah doh mengembang, tumbuk doh supaya angin dapat dikeluarkan..dan bolehlah memulakan proses timbangan atau pembahagian.

Jika berniaga, eloklah ditimbang agar sama rata berat dan kejadian doh..macam mamy, cukup sekadar bahagikan doh mengikut keperluan isi rumah.

rehatkan doh sekali lagi…dan tunggu naik sekali ganda atau ringan bila diangkat.

Sementara doh mengembang, bolehlah dibuat persiapan untuk menggoreng.

Minyak tak boleh terlalu panas, perlukan api yang kecil sahaja…SABAR dalam kebanyakkan hal di dalam pembuatan donut ni.

Setelah minyak panas, angkat doh dan terbalikkan bahagian atas ke permukaan minyak dahulu…, ini bertujuan agar doh disebelah bawah boleh mengembang elok dan sekata jika digoreng.

Takperlu balik-balikkan doh…cuma intai sedikit di bawahnya, jika elok perang..terbalikkan. Langkah ini perlukan hanya sekali terbalik sahaja ye, untuk elakkan doh dari meresap minyak.

Bila timbulnya ‘ring’ atau gelang di sekeliling donut…satu kepuasan yang dapat kita rasakan…itu pada mamyla…hehehe…puas bila kita berjaya dapatkan gelang tersebut…penanda aras bahawasanya doh kita berjaya mengembang dengan baik, juga masak sepenuhnya (itu gunanya penggunaan api kecil). 

Korang kena cuba resepi ni..senang dan mudah sangat tau.










SELAMAT MENCUBA !






Ulasan

Catatan Popular