MEATBALL CARBONARA
sehari dua ni, tekak terasa nak makan sesuatu yang creamy...cheese dan seangkatannya lah
mulala tercari-cari menu yang sesuai, ternampak meatball carbonara ni lalulalang dalam setiap pencarian mamy
mamy cuba telitikan resepinya, tak susah mana cuma kos resepi ni agak mahal
ada dua jenis cheese iaitu cheddar dan cream
jika nak mudah, boleh je mamy gunakan sos siap dipasaran...prego ada..kimball pun ada...
tapi mamy memikirkan anak-anak yang ramai..manalah cukup jika menggunakan satu atau dua tin sahaja kan ?
mamy gigih mencari resepi...akhirnya terjumpa juga...nanti mamy share link asal ye
okey, mamy share resepi mudah
Bahan A
1biji bawang merah
2sdm butter
Bahan B
2sdm tepung gandum
Bahan C
2cawan susu kotak
100g krim cheese + 1cawan air (diblender)
3keping cheddar cheese
1ketul kiub ayam/ikan bilis knorr (lagi sedap dr maggi)
1tin cendawan butang (dihiris)
Cara-caranya
bahan A digoreng bersama sehingga keperangan
kemudian, masukkan bahan B dan goreng hingga agak perang
sesudah perang, masukkan bahan C mengikut aturan dan gaul hingga masak dan mendapat kelikatan yang sesuai
SIAP
mudah kan ?
cumanya, menu begini memerlukan kos yang agak tinggi...cumanya memang berbaloi jika mempunyai ahli keluarga yang ramai.
hidangkan bersama MEATBALL,
meatball ni mamy cuma airfryer kan sahaja, sementara masak sos..meatball pun siap
suhu 160°c selama 20min sahaja
jangan terlalu suhu tinggi dan lama...nanti meatball terlalu kering dan garing..tak sedap
SELAMAT MENCUBA !





Ulasan
Catat Ulasan