SELAMAT HARI BAPA

bila teringat semula, hati mula asyik nak ketawa sahaja.

bayangkanlah, persiapan untuk menyambut hari bapa terawal seminggu...hahahaaa

berpakatlah mamy dengan angah...semua dah dirancang..siap dengan plan menu sekali mamy bincangkan dengan angah.

mamy ajak abah keluar untuk membeli keperluan 'bouquet' untuk abah..usai membeli..hati melonjak-lonjak bahagia sebab dapat sediakan sendiri segala keperluan seprise abah nanti

cadang nak buat awal jambangan kekacang untuk abah, tapi abah sejenis tak boleh berenggang dengan mamy...redha jela menggubah depan abah...abah tak perasan pun gubahan itu untuk dia...hati kering sikit abah ni...hehehe

dah siap, mamy tanya pendapat abah...

'cantik tak ?'

'wow...lawanya...untuk siapa ni ?'

'saja-saja buat'

'oooo....'

setakat gitu jela abah bertanya...kelakar kan ? dia buat tak tau je..huhuuu

nak dijadikan cerita, mamy saja menggoogle tarikh sebenar...alangkah terkejutnya mamy bila tarikhnya adalah seminggu akan datang...hahaha....berdekah-dekah mamy ketawa tau...

apapun...seminggu gubahan tu duduk di atas almari...abah pun lupa..mamy pun lupa..heeeeww

tiba waktu dan saatnya..keluarla dia dengan penuh bergaya...terkejut abah tau...

alhamdulillah, kejutan kami anak beranak untuk abah berjaya...abah terharu..dan tak sangka gubahan tu untuk dia...hahahaa

Okla, apepun..selamat hari abah ❤️



Ulasan

Catatan Popular