SUP BEBOLA JERNIH
seharian sibuk dengan aktiviti membaking dan menghias kek, agak lelah juga rasanya.
bukannya merungut tapi terasa juga penatnya jika semuanya dilakukan sendiri tanpa pembantu yang membantu.
dalam kesibukkan itu, tetap sempat mamy sediakan juadah pagi, tengahari dan juga malam..cumanya tidak semeriah biasa...simple dan sejenis sahaja menunya.
malam ni, mamy sediakan kuetiow sup bebola untuk juadah...resepi mudah dan juga cepat untuk disediakan...kebetulan mamy baru beli stok bebola untuk jualan mamy iaitu meatball carbonara.
oklah, berbalik kepada cerita tadi...resepinya sangat mudah...semudah abc...ye..mudah sangat.
Bahan A
5/6 ulas bawang putih - dihiris mayang
1bj bawang merah - dihiris mayang (boleh skip)
Bahan B
bebola daging - kuantiti terpulang
1ketul kiub daging
Bahan C
3sdm sos tiram - ini bergantung kepada jumlah air (mamy guna dalam 1.5liter air
1sdm minyak bijan
Air
Bahan D
sayur-sayuran yang disukai
Cara-caranya
Tumiskan bahanA sehingga naik bau (sedikit hangit pun takpe, lagi sedap)
Kemudian masukkan bahanB dan goreng sehingga agak perang - bukan garing ye
Setelah garing, masukkan bahanC dan biarkan mendidih dan rasa jika ada yang kurang
BahanD dimasukkan akhir sekali..untuk menggelakkan sayuran terlalu masak
*hidangkan bersama sambal kicap dan hiaskanlah dengan bawang goreng dan asam limau.
SIAP
Selamat Mencuba ye ❤️



Ulasan
Catat Ulasan