ROTI JALA
Bila mula buat pun mamy tak ingat…tautau dah selalu je buat
Resepinya mudah tapi tak semua dapat kelikatan yang betul..ada yang terlalu cair…ada yang terlalu pekat…ini semua main peranan tau…selain lubang muncung acuan.
Baca sungguh-sungguh…dan buatlah berulangkali tanpa jemu…mamy sekali buat biasanya 2 ke 3 adunan…seadunan biasanya dapat dalam 15keping sahaja…bergantung juga kelikatan…saiz pan dan juga kiraian tebal atau nipis.
Mencabar kan ?
Nampak mudah tapi itula tuuu
ini mamy share untuk satu adunan (15 keping )
1 cawan air
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sdm gula
1 sdk garam
2 sdm minyak masak
blender semua di atas dan tapis
pewarna boleh ditambah kemudian atau semasa diblender
*kelikatannya bergantung kepada laju atau tidak bancuhan tersebut…jika terlalu laju, maka tambahkan sedikit tepung…jika terlalu perlahan,,,tambahkan sedikit air…
*jika selalu buat, in shaa allah…akan biasa dengan kelikatan yang sesuai ye
SELAMAT MENCUBA !




Ulasan
Catat Ulasan