TAUHU BERLAUK

pertama kali mamy lihat...semasa mamy sedaang melayan video-video di tiktok..dalam hati terdetik, sedap juga menu ni

kebetulan, mamy semakin tepu dalam mencari menu-menu baru untuk anak5 mamy..betul tau, kadang hati tu meronta...kepala pun kadang kusut sebab memikir menu sahaja..nampak macam simple, tapi yang melaluinya sahaja yang tahu.

mamy usahakan juga mencari resepi sebab ini kali pertama mamy mencuba. Alhamdulillah, berjumpa juga akhirnya.

mudah rupanya...

Bahan A
2paket tauhu jepun
2ketul tauhu biasa (putih)
1keping dada ayam
1biji telur
1sdm lada hitam
1sdm lada putih

Bahan B
carrot di sagat
daun bawang di hiris
daun sup di hiris
*option boleh pilih salah satu sahaja
1biji bawang besar di dadu
1/2 ketul kiub ayam @ 1sdk garam

Bahan C
1biji telur (dipukul) - untuk celupan tauhu


Cara-caranya

blend bahan A tanpa air sehingga sebati

kemudian, masukkan ke dalam bekas (untuk memudahkan proses digaul)

dan masukkan semua bahan B dan gaul sebati



panaskan air (kukus), dan masukkan ke dalam acuan apam (untuk saiz yang lebih sekata)

boleh juga terus ke dalam bekas..dan dipotong jika adunan sejuk

kukus selama 15min dan keluarkan dari acuan
mamy terus tuang ke atas penapis, untuk buang air yang berlebihan supaya proses menggoreng tidak susah (meletop air)


setelah ditoskan air, bolehla di gaulkan ke dalam bahan C dan terus digoreng sehingga keperangan.





dihidangkan bersama sambal kicap dan hiaskan lah dengan taburan bawang goreng dan daun bawang yang dihiris

allahuakbar, sedapnya...tak terkata, bukan memuji..tapi itulah yang mamy rasakan.

moga bermanfaat hendaknya.


Ulasan

Catatan Popular